Monday, 5 November 2012

2 comments:

  1. Bagaimana nak menanam bunga mawar yang sentiasa segar

    ReplyDelete
  2. 1. Menanam di dalam Pasu
    Langkah 1
    - Pilih pasu yang lebih besar dari pasu asal
    - Gunakan medium tanah yang poros (memegang air )

    Langkah 2
    - Buatkan tanah menjadi berbentuk bukit di dalam pasu. Taburkan HoneyBee Organic Rose Food sebanyak 2 sudu makan di puncak bukit

    Langkah 3
    - Keluarkan pokok dari dalam pasu, buangkan tanah yang berada di bahagian bawah pokok Ros tersebut dengan berhati-hati sehingga akarnya kelihatan
    - Letakkan pokok Ros berserta akarnya disekeliling tanah yang berbentuk bukit

    Langkah 4
    - Tambah tanah
    - Siram air
    2. Menanam di dalam Tanah
    Buat lubang sebesar 2’X2’
    Letakkan batu kerikil dibahagian bawah lubang. Ia berfungsi untuk mengelakkan dari terjadinya water clogging
    Gunakan medium tanah yang poros (memegang air )
    Buatkan bukit. Taburkan HoneyBee Organic Rose Food sebanyak 2 sudu makan di puncak bukit
    Keluarkan pokok dari dalam pasu, buangkan tanah yg berada di bahagian bawah hingga akar pokok kelihatan
    Letakkan akar disekeliling bukit
    Tambahkan tanah
    Siram air

    Kenapa daun Pokok Ros menjadi kuning?
    Pokok Ros tidak memperolehi bekalan air yang mencukupi dan ini akan menyebabkan keseluruhan daun menjadi kuning dan gugur.
    Pokok Ros dibasahi air semasa penyiraman dilakukan. Sebahagian daun menjadi kuning dan mempunyai tompok - tompok hitam. Ia akan keguguran. Kulat akan mudah membiak dan bermaharajalela pada daun yang lembab.



    ReplyDelete