Monday 11 March 2013

KILAUAN EMAS


PENCARIAN BAKAT BARU KILAUAN EMAS

 Antara beberapa pembaharuan bagi musim yang ke-2 ini ialah:

1. Had umur diturunkan kepada 40 tahun ke atas (berbanding 45 tahun di musim yang pertama).
2. Terbuka kepada penyanyi solo lelaki, solo wanita dan juga kepada pasangan duet.
3. Terbuka kepada peserta dari Malaysia dan Singapura.
4. Sesi ujibakat akan dilakukan di 6 lokasi - Sabah, Sarawak, Johor, Kuantan, Pulau Pinang, Kuala
Lumpur (berbanding 4 lokasi di musim yang pertama).
5. Juri jemputan yang terdiri daripada barisan artis-artis berpengalaman untuk setiap lokasi ujibakat.
6. Lagu tema Kilauan Emas yang akan dinyanyikan oleh Dato’ Jeffrydin dan Ana Raffali.
7. Separuh Akhir dan Akhir akan disiarkan secara langsung. Para penonton akan diberi peluang untuk
mengundi dan menentukan siapakah yang bakal menjadi juara.
8. Dua nama popular dalam industri muzik iaitu Juliza Adzlizan dan Adnan Abu Hassan akan menjadi
guru vokal pada musim ke dua ini.
9. Kilauan Emas 2 juga akan mengadakan sesi karpet merah pada pentas akhir nanti.
10. Menyediakan artis yang popular di setiap lokasi ujibakat dan Separuh Akhir/Akhir.
11. Terdapat juga kapsul (Klip Kilauan Emas 2) yang akan menyiarkan perkembangan ujibakat di setiap
lokasi selama 5 minit setiap minggu bermula 11 Mei 2012 (Jumaat - Selasa).

No comments:

Post a Comment