Thursday, 21 February 2013
BERITA HANGAT
lebih kemas
Kenaikan Gaji Maksimum Penjawat Awam Hingga 5% Bulan Depan
MO,PUTRAJAYA ,23/1/2013-Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji maksimum atau ‘gaji mati’ pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.
“Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan cemerlang mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.
“JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap statik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment