Wednesday 3 June 2015

LAWATAN KE GOLD COST AND BRISBANE AUSTRALIA 27 - 31 MEI 2015

27 Mei 2015 jam 7 pagi semua peserta berkumpul di Kaunter AirAsia X . Encik Jamil KS Travel menanti kami untuk penyerahan buku Pasport, tiket dan visa serta beg bagasi kami. Bertolak jam 10 pagi sampai sana jam 7 petang Australia dah malam . Dari Airpot Gold Cost ke tempat penginapan kami Islander Hotel Resort disambut oleh bus pelancong.  Pemandangan dari hotel ni sungguh cantik dari Aras atas kami boleh melihat pantai Sarffers Paradise Gold Cost dan di depan Hotel Tran pengangkutan disekitar bandar Gold Cost.
                         
Add caption
          Pantai Gold cost jam 6.30 pagi .  Subuh di sini jam 4.30 pagi. Jam 5 pagi dah terang benderang.
Cuaca sejuk 19 darjah celcius.  Ok lah kami dah biasa sejuk macam tu seolah-olah berada dalam pejabat kami di Kompleks E Putrajaya.
Awan nya nampak cantik kan.  Waktu ni tiada orang turun ke pantai.




Diruang belakang Islander Resort Hotel ada  Kolam renang. Kalau penghujung nak mandi manda bolehlah tapi air nya sejuk sangat                



Dekat Lampu Trafik tu kami sedang menunggu bus untuk lawatan pertama kami ke Sea World hanya 20 minit sahaja dari tempat tinggal kami. Jalan raya disini tidak lah sesak macam tempat kita di sini.








Train lalu untuk mengambil penumpang yang nak berkunjung ke Brisbane .
Ini adalah Hotel yang berhadapan dengan Islander Resort ....Hotel 3 bintang le. di bawahnya adalah kedai jualan macam2 ada dan farmasi.

No comments:

Post a Comment